Web
Laman web bolehlah ditakrifkan sebagai halaman-halaman elektronik yang dipaparkan melalui komputer dengan menggunakan teknologi internet. Namun, laman web hanyalah tertumpu kepada penyaluran maklumat asas kepada pengunjung semata-mata. Komunikasi dua hala sangat kurang antara pengunjung dengan pengendali web ataupun web itu sendiri. Kita boleh lihat secara langsung dalam majoriti web zaman kini yang tertumpu kepada penyaluran maklumat semata-mata dan pengguna seolah-olah dipaksa menerima maklumat yang telah dikarangkan oleh pengendali sahaja.
Portal
Laman web yang berjenis portal ini biasanya dibangunkan untuk mengumpulkan maklumat mengikut hierraki, pihak webmaster menyediakan informasi dan dikongsi dengan pelawat, terdapat kepelbagaian jenis maklumat dan paparan informasi yang lebih tersusun. Antara contoh yang paling mudah untuk portal adalah Yahoo!
Antara ciri-ciri yang perlu ada untuk laman web berjenis portal adalah:
- Paparan maklumat atau informasi yang penting berada di laman utama.
- Susunan semua maklumat adalah lebih teratur dan mudah dicapai oleh pelawat.
- Kandungan laman web lebih variasi dan tidak terlalu tertumpu untuk satu jenis.
- Reka bentuk laman adalah ringkas dan setiap elemen-elemen dimasukkan dalam satu kawasan-kawasan tertentu.
- Bersifat dinamik.
- Kandungan berasaskan kepada teks dan grafik (50%-50%).
- Elemen multimedia dan interaktif seperti grafik animasi dan paparan pautan menu beranimasi menarik minat pengunjung.
- Pelawat boleh meninggalkan komen, menghantar artikel atau maklumat lain ke laman web.
- Informasi selalu ringkas tetapi padat agar pengunjung lebih mudah untuk memahami maklumat yang ingin disampaikan.
- Penggunaan beberapa widget tambahan seperti video dan foto galeri.
- Struktur laman web lebih teratur dan tidak terlalu serabut.
Blog
Laman web jenis ini kebiasannya lebih menjurus kepada laman peribadi dan lebih senang untuk dibangunkan. Ini merupakan antara jenis laman web yang paling banyak dibangunkan kerana proses penjagaannya yang mudah dan penyertaan pelawat yang tidak memerlukan proses pendaftaran. Sungguhpun begitu, laman web jenis ini seperti forum juga, cepat naik dan cepat jatuh dan semuanya bergantung kepada tahap kerajinan pihak pembangun menyediakan artikel-artikel yang menarik.
Contoh blog pilihan : http://sybudakbm.blogspot.com/Antara ciri-ciri laman web berjenis blog adalah:
- Kandungan artikel mungkin tertumpu kepada satu agenda atau bercampur aduk dengan perkara lain bergantung kepada pihak pembangun
- Penyertaan pihak pelawat membantu untuk menaikkan tahap populariti laman ini, tanpa pengunjung maka laman ini seolah-olah mati
- Pendaftaran MUNGKIN diwujudkan tetapi biasanya pihak pembangun akan menggunakan kemudahan Open ID.
- Reka bentuk laman web perlu lebih menarik dan "catchy" untuk menarik pengunjung.
- Artikel atau bahan kandungan perlu sentiasa dikemas kini supaya pengunjung akan kembali semula bertandang.
- Kebiasannya laman ini akan dipenuhi dengan pelbagai jenis iklan-iklan yang mungkin serba sedikit mengganggu pengunjung.
- Struktur laman web lebih ditekankan kepada teks berbanding gambar (70%-30%)
- Interaksi untuk pelawat lebih kepada penulisan komen berbanding perkara lain yang dinyatakan dalam portal.
- Keberkesanan laman jenis ini adalah bergantung kepada bilangan pengunjung yang melawat.
- Paling mudah dibangunkan dan paling senang untuk orang baru.
Terima kasih kerana berkongsi
ReplyDelete