Lirik lagu Melly Goeslow feat Amee - Ketika Cinta Bertasbih
Bertuturlah cinta mengucap satu nama
Seindah goresan sabda-Mu dalam kitabku
Cinta yang bertasbih mengutus hati ini
Kusandarkan hidup dan matiku pada-Mu
[*]
Bisikkan doaku dalam butiran tasbih
Kupanjatkan pintaku pada-Mu Maha Cinta
Sudah diubun-ubun cinta mengusik rasa
Tak bisa kupaksa walau hatiku menjerit
Seindah goresan sabda-Mu dalam kitabku
Cinta yang bertasbih mengutus hati ini
Kusandarkan hidup dan matiku pada-Mu
[*]
Bisikkan doaku dalam butiran tasbih
Kupanjatkan pintaku pada-Mu Maha Cinta
Sudah diubun-ubun cinta mengusik rasa
Tak bisa kupaksa walau hatiku menjerit
[**]
Ketika cinta bertasbih nadiku berdenyut merdu
Kembang kempis dadaku merangkai butir cinta
Garis tangan tergambar tak bisa aku menentang
Sujud syukur pada-Mu atas segala cinta
Ketika cinta bertasbih nadiku berdenyut merdu
Kembang kempis dadaku merangkai butir cinta
Garis tangan tergambar tak bisa aku menentang
Sujud syukur pada-Mu atas segala cinta
Back to [*][**]
Cinta…
Back to [**]
Garis tangan tergambar tak bisa aku menentang
Sujud syukur pada-Mu atas segala cinta
Ketika cinta bertasbih
Sujud syukur pada-Mu atas segala cinta
Ketika cinta bertasbih
Nilai – nilai dalam lagu “Ketika Cinta Bertasbih – Melly Goeslow ft Amee”
Oleh
Nor Amaliena Binti Mohd Faudzi
Pertamanya dapat kita lihat betapa indahnya seni kata lagu ini yang begitu mengagungkan cinta kepada Pencipta melebihi cinta kepada seorang manusia. Di samping itu, saya turut mengagumi keindahan susunan muzik lagu ini yang tenang dan begitu menyentuh hati.
Oleh itu, di sini telah disertakan dua aspek nilai yang dapat diketengahkan dan telah saya kaji makna atau maksudnya melalui pemahaman seni kata pada lagu ini.
Nilai keindahan bahasa
Sekali imbas, dapat kita fahami betapa puitis dan mendalamnya maksud seni kata ini. Ianya membawa maksud yang sangat tersirat.
BERTUTURLAH CINTA MENGUCAP SATU NAMA
SEINDAH GORESAN SABDA-MU DALAM KITABKU
CINTA YANG BERTASBIH MENGUTUS HATI INI
SEINDAH GORESAN SABDA-MU DALAM KITABKU
CINTA YANG BERTASBIH MENGUTUS HATI INI
Siapakah ‘satu nama’ itu? Ya, dalam Agama Islam kita semua tahu bahawa Dialah Allah SWT. Tuhan Semesta Alam dan hanya Al-Quran sahaja yang menjadi kitab panduan hidup kita, dunia dan akhirat.
KUSANDARKAN HIDUP DAN MATIKU PADA-MU
Rukun Islam yang pertama ialah mengucap dua kalimah syahadah iaitu Aku mengaku (bersaksi) bahawa tiada tuhan yang sebenarnya melainkan Allah dan aku mengaku (bersaksi) bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah. Di sini,kalimat ini juga disebutkan semasa bacaan surah Iftitah di dalam solat kita J
TAK BISA KUPAKSA WALAU HATIKU MENJERIT… KETIKA CINTA BERTASBIH NADIKU BERDENYUT MERDU
Hatiku menjerit dan nadiku berdenyut merdu menunjukkan unsur personafikasi yang terdapat di dalam seni kata lagu ini.
Nilai moral
… Garis tangan tergambar tak bisa aku menentang
Sujud syukur pada-Mu atas segala cinta.
Sujud syukur pada-Mu atas segala cinta.
GARIS TANGAN TERGAMBAR
Cuba anda lihat kedua-dua telapak tangan anda. Di telapak tangan kanan, terdapat garis tangan yang berbentuk seperti huruf V terbalik dan huruf I berdampingan jika dilihat mulai dari sebelah kiri. Dan untuk telapak tangan kanan adalah sebaliknya, iaitu garis berbentuk seperti huruf I terlebih dahulu, yang berbentuk seperti huruf V terbalik. Sebenarnya garis tersebut berbentuk angka 81 dalam bahasa Arab (tangan kiri) dan angka 18 dalam bahasa Arab (tangan kanan). Jika dijumlahkan, hasilnya adalah 99. 99 itu adalah jumlah Nama Agung Allah SWT atau disebut ASMAUL HUSNA yang biasa terdapat di awal dan akhir Al-Qur’an.

TAK BISA AKU MENENTANG
Maksudnya adalah, Asmaul Husna tersebut tidak dapat dielakkan lagi. Asmaul Husna tersebut adalah kumpulan Nama Agung Allah SWT yang mewakili sifat-sifatNya.
Moga arwah ADEN, pengarang asal lagu ini mendapat manfaat dari lagu ini...aamiin
ReplyDeleteTerima kasih penjelasannya kak:)
ReplyDelete